Saturday, September 19, 2009

aidil fitri (fitrah)

setiap tahun ramai umat islam seluruh dunia akan menyambut hari lebaran yang mulia hari raya aidil fitri..pelbagai cara dan gaya sambutan berbeza cara dengan perbezaan budaya..ada yang menyambut secara meriah dan ada yang menyambut dengan sederhana cukup sekadar kemampuan...namun tahukah kita apakah sebenarnya erti aidil fitri??aidil bermakna perayaan atau sambutan...fitri bermakna fitrah...apa yang dikatakan fitrah???adakah hanya sekadar nama atau hanya mengetahui istilah akan tetapi tidak memahami intipati sebenar perkataan fitrah tersebut???

ftrah bermakana asal seperti sabda nabi muhammad s.a.w mafhumnya..setiap insan di lahir kan dalam keadaan fitrah.... yang membawa makna islam yang menunjukkan asal manusia adalah islam..

jadi fitrah dalam erti kata aidil fitri adalah kembali kepada asal yang bukan membawa makna yang kita kembali seperti sebelum bulan ramadhan melakukan pelbagai pekerjaan yang sia-sia...yang bermaksiat dengan maksiatnya dan lain-lain lagi...akan tetapi membawa makan suci seperti kita dilahirkan oleh ibu kita didunia ini...hilang dari dosa-dosa yang lalu...seperti sabda nabi muhammad s.a.w :"man soma ramadhan imanan wa ihtisaban ghufira lahu ma taqqaddama min zanbihi"
ini membuktikan hadir seseorang dalam keadaan fitrah kesinambungan dari amal ibadat nya yang dilakukan semasa berada didalam madrasah ramadan.madrasah yang menjanjikan seribu satu nikmat yang tidak di kecapi kecualai mereka yang benar-benar memahami dan melaksanakannya...

akhir kata salam aidil fitri maaf zahir batin....

0 comments: