Wednesday, October 28, 2009

AL-QUR'AN DILIHAT DARI SUDUT SAINTIFIK

Nak kongsi fakta yang ambil dari kawan......tentang Alquran......

              AL-QUR'AN DILIHAT DARI SUDUT SAINTIFIK
 

SESUATU yang amat jelas, Al-Qur'an bukanlah sebuah kitab sains. Al-Qur'an
adalah kitab hidayah. Pembuka fikiran manusia kepada sesuatu yang benar.
Yang paling utama menyuluh jalan menuju Allah SWT. Mengenali Allah dengan
sebenar-benarnya. Mengimani-Nya dengan sepenuh jiwa raga. Mengamalkan
ajaran-Nya dengan penuh keikhlasan kepada-Nya.
 

Di  dalam sebuah Hadis Qudsi, Allah Ta'ala berfirman, bermaksud :

· "Wahai anak Adam carilah Aku nescaya kamu akan menujui Daku. Sekiranya
telah kamu tujui Daku maka kamu akan menujui segala-galanya. Dan jika kamu
(tidak menujui-Ku) maka kamu akan hilang segala-galanya."

· [HR. Al-Hakim]
 

Untuk menujui Allah dan mengenali-Nya dengan sebaik-baiknya maka Al-Qur'an
sebagai kitab hidayah yang akan memberi petunjuk kepada-Nya.

Al-Qur'an sebagai kitab hidayah telah memaparkan kepada insan sekalian
berbagai-bagai pendekatan untuk memudahkan mereka memahami dan
menghayatinya. Begitu juga Al-Qur'an boleh dilihat dari berbagai-bagai aspek
yang mampu insan melihatnya. Dari sudut pengetahuan, Al-Qur'an mengandungi
berbagai ilmu pengetahuan di dalamnya. Dari sudut saintifik, Al-Qur'an
memuatkan berbagai-bagai fakta saintifik di dalamnya.

Sebagai contoh yang ringkas, dari sudut saintifik, Al-Qur'an telah menyentuh
dari perkara yang besar hingga kepada perkara-perkara kecil yang boleh
menjadi titik menungan manusia hari ini, yang perlu diambil ingatan selalu,
bahawa Al-Qur'an ini diturunkan sejak lebih dari empat belas abad yang
silam. Pada abad-abad tersebut manusia belum terdedah kepada dunia saintifik
yang canggih, seperti sekarang ini. Dunia ketika itu masih dalam serba
kejahilan. Sains tabi'i belum diterokai. Astronomi belum dikaji. Ekologi
belum diketahui. Malah apa yang disebut pada hari ini sebagai pusat-pusat
pengajian belum ada lagi.

Dalam keadaan sedemikian itulah Al-Qur'an diturunkan, yang antara lain
isinya menyentuh secara kasar dan umum tentang fakta berhubung fenomena
alam. Dengan menyebut ayat yang bermaksud :

· Alam ini pada mulanya hanya gas yang disebut dukhan.

· [Fussilat : 11]
 

· Asal alam ini hanya satu sahaja macam seketul.

· [Al-Anbiya' : 30]
 

· Daripada seketul itu dipecah-pecahkan.

· [Al-Anbiya' : 30]
 

· Semua penghidupan di maya pada ini berpunca daripada air.

· [Al-Anbiya' : 30]
 

· Alam dijadikan berfasa-fasa dalam masa yang panjang.

· [Al-Furqan : 59]
 

· Langit berlapis-lapis.

· [Nuh : 71; Al-Mulk : 67]
 

· Langit amat kukuh dan padat.

· [Al-Naba' : 78]
 

· Langit sentiasa mengembang dan meluas.

· [Al-Dzariyat : 47]
 

· Matahari beredar pada orbit demikian juga bulan.

· [Ya Sin : 38]
 

· Seluruh cakerawala di langit mempunyai orbit.

· [Ya Sin : 40]
 

· Di bawah gulung langit yang pertama penuh dihiasi dengan galaksi.

· [Al-Buruj : 1; Al-Hijr : 16; Al-Furqan : 61]
 

· Seluruh isi langit ditadbirkan melalui sistem yang tetap dan jitu.

· [Al-Ra'd : 8; Ya Sin : 39]
 

· Makhluk-makhluk yang hidup dan melata seperti manusia dan haiwan wujud
bertaburan di merata planet di merata cakerawala.

· [Al-Syura : 29]
 

· Oksigen akan berkurangan dan habis apabila semakin tinggi dari paras bumi.

· [Al-An'am : 125]
 

· Atom wujud dan boleh ditimbang.

· [Al-Zalzalah : 7-8]
 

· Atom boleh dibahagi-bahagi komponennya.

· [Yunus : 49]
 

· Setiap sesuatu benda apa pun dijadikan berpasangan.

· [Al-Dzariyat : 49]
 

· Angin berperanan antara lain untuk pendebungaan.

· [Surah Al-Hijr : 22]
 

· Hujan berasal dari air laut yang masin tetapi ditapis di awan dan
menurunkan air tawar (yang sepatutnya masin).

· [Al-Waqi'ah : 68-70]
 

· Bumi ini bulat tapi lebih mirip kepada bentuk telur ayam.

· [Al-Nazi'at : 30]
 

· Bumi berputar seperti gasing.

· [Al-Zumar : 5]
 

· Bukit bakau menjadi paksi utama yang bertindak sebagai tumang.

· [Al-Naba' : 7]
 

· Matahari sebagai bebola api yang amat hebat dan banyak yang dijadikan.

· [Al-Naba' : 3; Nuh : 16]
 

· Graviti akan tamat dayanya pada suatu hari nanti.

· [Al-Qaria'ah : 5]
 

· Masa (time) itu relatif.

· [Al-Sajadah : 32; Al-Hajj : 47]
 

· Satu tahun mengikut sistem luna (qamariah) berkurangan dari satu tahun
sistem solar (syamsiah) dengan kadar 10-11 hari. Oleh itu 300 tahun solar
bersamaan dengan 309 tahun luna.

· [Al-Kahfi : 25]
 

Dan berbagai-bagai fakta lagi yang disebut oleh Al-Qur'an dalam semua bidang
saintifik. Kalaulah Al-Qur'an itu diturunkan pada hari ini, pada abad yang
penuh dengan kecanggihan ilmu dan perhubungan, tentulah tidak menjadi suatu
kehairanan, kerana sains telah menguasai berbagai-bagai ilmu dan menemui
berbagai-bagai penemuan. Akan tetapi Al-Qur'an diturunkan ketika manusia
belum mengenali ilmu seperti itu tentulah ianya tidak merupakan ilmu yang
diterokai oleh manusia, malahan ilmu yang diberitakan oleh Allah kepada
Rasul-Nya, Muhammad SAW melalui wahyu-Nya, Al-Qur'an.

Wallahu ta'ala a'lam.......

Friday, October 16, 2009

kembara


 Pada asasnya manusia hidup dalam pengembaraan. Pengembaraan yang panjang yang tidak terjangka dek pemikiran manusia yang terhad dan terbatas.....pengembaraan yang penuh dengan liku-liku,pancaroba yang terkadang semakin hari semakin kuat menduga....terpulang kepada insan itu mengatasi dan menyelesaikan permasalahan yang timbul.....selagi tidak lari dari peta yang di beri selagi itu tidak akan sesat menuju kedestinasi....akan tetapi ada yang salah mentafsir peta yang diberi dan sesat serta tidak dapat sampai destinasi yang di tuju....ada yang salah mengambil peta lalu jatuh kejurang yang dalam dan langsung tak sampai ke destinasi.....ada pula peta dah tepat....samar ditengah jalan jadi hendaklah bertanya kepada yang tahu dan mahir pada peta dan selok belok jalan yang bakal dihadapi........oleh itu jadilah si musafir yang paham akan peta dan mahir serta sampai ke destinasi yang hendak di tuju.........

Monday, October 5, 2009

ilmu dan amalan kita...........

ilmu tanpa amal ibarat pohon tiada buah atau ilmu tanpa amal ibarat handphone tiada credit.......

manusia jika tanpa amal apa yang di pelajarinya akan lenyap....ini kerana ilmu tu umpama binatang liar yang susah nak di cari tetapi mudah terlepas jika kita tak ikat denga cantik dan talinya adalah amalan......tidak bermakna bermegah dengan institusi sahaja jika apa yang diambil tidak di praktikkan dalam kehidupan kita seharian....tinggi mana kita capai kalau tidak di ikat kelak akan terurai dan rapuh serta reput........jadi apa yang kita dapat walaupun sedikit hendaklah diamalkan walaupun sedikit.....dan akan menjadikan kita mahir dengan bidang yang kita terjun......marilah beramal terutamany ke jalan Allah taala