Saturday, August 29, 2009

merdeka!!!

31 ogos.. tarikh keramat didada rakyat malaysia,tarikh yang mempunyai nilai yang tidak tinggi di mata rakyat.tidak kira sesiapa pun rakyat malaysia mengetahui apa itu 31 ogos.bukan hari percutian mahupun hari untuk bersuka ria akan tetapi tarikh ini merupakan tarikh termetera nya MALAYSIA sebagai sebuah negara yang merdeka.merdeka dari cengkaman penjajah,merdeka dari siksaan lahiriah dan batiniah insan-insan yang menempuhi saat-saat perit memanjat ke dahan kemerdekaan.
namun merdeka ini semakin hari telah di salah erti di mata masyarakat.hilang nilai sebenar erti kemerdekaan.adakah bebas melakukan apa sahaja itu di namakan merdeka?atau bila bebas mengikut adat dan budaya yang tidak sihat itu di namakan merdeka???merdeka kah kita sebenarnya sekira masih duduk dan tunduk dengan budaya barat yang langsung tidak bertepatan dengan sayara'?bahakan ia bertentangan langsung disisi islam.
menyambut merdeka dengan pesta minuman keras dan seks bebas itu di namakan merdeka???renung-renungkanlah.kita seharusnya faham dengan mendalam apakah yang di maksuudkan dengan kemerdekaan tersebut.islam datang dan turun bagi memerdekakan umat manusia dari cengkaman manusia dan kembali kepada ALLAH taala yang maha pencipta dan maha mengetahui..
kemerdekaan seharusnya di raikan dengan cara yang benar dan dengan cara yang tidak bertentangan dengan syara' sepatutnya dengan mengadakan solat hajat beramai-ramai membaca doa dan yassin mendoakan agar merdeka yang di kecaoi dapat di nikmati oleh cucu-cicit yang akan datang..

marilah bersama kita meyambut kemerdekaan dengan penuh rasa syukur.....

SALAM KEMERDEKAAN YANG KE-52

Sunday, August 23, 2009

ramadhan kareem


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

RAMADHAN DATANG LAGI.......


Terkadang kita tidak sedar masa berlalu tanpa henti.tanpa menanti siapa yang alpa dan leka....begitu jua tetamu yang sering dinanti oleh orang-orang yang soleh ini,tetamu yang sering didoakan oleh rasul junjungan mulia s.a.w agar dapat sampai kedalam nya bulan yang sering diridui oleh orang-orang yang soleh orang yang bertaqwa dan yang telah diberikan kemanisan iman,bulan yang penuh keberkatan yang penuh dengan keindahan taman-taman syurga dialah bulan ramadhan.
telah di fardhu keatas kita melalui junjungan besar nabi Muhammad s.a.w agar kita berpuasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.bukan hanya sekadar manahan diri dari lapar dan dahaga akan tetapi kita hendaklah sentiasa menjaga diri kita dari pelbagai amalan yang boleh manjadikan puasa kita tidak bermutu dan tidak memenuhi kriteria-kriteria amalan puasa salafussaleh..selain dari manahan diri dari makan dan minum perbuatan keji juga turut dilarang sperti mengumpat mencaci menghina mengherdik orang lain dan lain-lain lagi seperti menjaga mulut dari masuk dan keluar.masuk menahan dari makan dan minum dan keluar menjaga dari perbuatan yang keji yang dilarang..
Bulan ramadhan juga adalah bulan yang penuhkeberkatan...diawalnya adalah rahmat di pertengahan nya pulak keampunan dari Allah taala dan di akhirnya menjauh kan diri dari api neraka jahannam yang amat pedih seksaNya.Didalamnya juga terdapat satu malam yang tidak ada didalam bulan lain melainkan bulan ramadhan..ia digelar sebaga malam Al-Qadar yang maner malam yang lebih baik dari seribu bulan..dimana malam yang pintu syurga di buka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup..diberikan keampunan bagi mereka yang dapat menempuh malam yang misteri ini malam yang hanya Allah taala sahaja yang Maha Mengetahui bila kehadiranya...
Jadi kita hendaklah sama-sama merebut peluang yang terhampar didepan matan dan jangan berlengah lagi.marilah kita bersama mengerja kan amalan puasa dengan seelok-eloknya....

buku baruuu


Baru-baru ni aku ader lah li buku ni...best gak isi dier tentang persoalan2 yang selalu di tanyer kan orang non-muslim terhadap islam kiter yang tercinter...di karang oleh seorang pendakwah yang akhir2 ni terkenal...dan penulis merupakan founder bg islamic research n foundation....bekas doktor perubatan dan meninggalkan kerjayanya bg menabur bakti dalam bidang dakwah islam...pakar dalam ilmu perbandingan agama...orang kater macam syeikh ahmad didad lah...tajuk buku ni 20 SOALAN-SOALAN PALING LAZIM TENTANG ISLAM ni terjemahan jer yang real nyer aku tak ingat aper namer dier dalam bahasa inggeris...
bermula dengan persoalan berkenaan poligami sehingga persoalan kenapa orang yang bukan islam di gelar orang kafir di sisi islam..banyak menjawab persoalan-persoalan dengan berlandaskan al-quran dan sunnah serta mematah kan hujah orang2 non-muslim dengan pegangan mereka sendiri iaitu aper yang didataang kan daripada kitab2 suci agama-agama selain islam...bagus untuk dibuat simpanan peribadi...tapi jagan simpan jer...bacer sekali...murah jer buku nyer dalam rm 5 jer...cetakkan saba media....cepat rebutkan peluang...sementara stok masih ada...

Friday, August 21, 2009

Renungkanlah sedalam-dalamnya

WAHABI

Wahabi merupakan satu fahaman/aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama Haramain/Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi.

Fahaman ini disebut juga sebagai Wahhabi atau Wahabisme. Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya.

* Golongan Wahabi lebih suka menyebut diri mereka sebagai Salafi, Salafiah, Muhawidun yang bermaksud 'satu Tuhan'.
* Mereka mendakwa menurut pemikiran Ahmad ibn Hanbal (al Hanbaliah, al Hanabilah) yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Dalam hukum feqah, mereka berpegang kepada fafsiran Ibn Taymiyyah. Faham Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taimiah, bahkan dalam banyak hal lebih radikal lagi dari Ibn Taimiah.

Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania.
Isi kandungan


Pengasas

Muhammad bin Abdul Wahhab (1701 - 1793 m) lahir di Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim. Buku beliau bertajuk 'Kitab al Tawhid'.

Beliau adalah seorang ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan, bukan satu mazhab.

Beliau memperkenalkan semula undang-undang Syariah di Semenanjung Arab. Beliau sangat dipengaruhi oleh Ahmad ibn Hanbal dan Ibn Taimiah].

Beliau belajar agama dari Syeikh Muhamad Sulaiman al-Kurdi dan kepada bapanya sendiri Syeikh Abdul Wahab dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah dewasa pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan balik semula ke Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi.

Semasa di Madinah, beliau dapati banyak amal ibadat orang Islam bertentangan dengan syariat Islam kerana mereka mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam Rasulullah.

Beliau pindah ke Basrah dan mengeluarkan fatwa yang ganjil-ganjil. Beliau diusir lalu pergi ke Hassa dan berguru dengan Abdullah bin Abdul Latif.Beliau diusir lagi , lalu pergi semula ke Kampung Ainiyah, Najd. Mulanya Raja Osman bin Ahmad Ma`mar membantunya. Tetapi setelah mendengar fat-fatwa ganjilnya, beliau diburu dan mahu dibunuh.

Beliau lari pula ke Duri`yah dan mendapat bantuan Raja Muhammad bin Saud di Duri'yah. Sejak itu fahaman Wahabi berkembang pesat. Beberapa delegasi dihantar menemui syarif-syarif di Mekah dan mengembang ajaran Wahabi. Ajaran mereka ditolak , malah sebahagiannnya dibunuh. Sejak itu terjadi pemusuhan antara kaum Wahabi di Najd dengan syarif-syarif Mekah. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab memfatwa bahawa banyak orang Mekah kafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan makam Nabi. Syarif Mekah membenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji menziarahi makam Nabi, berdosa mengadap makam Nabi. Syarif-syarif Mekah terus diperangi.

Kebenaran yang mengelirukan

Kaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924 -kini dan mereka telah merompak bersesuai dengan imam fahaman ini iaitu org yang bukan wahabi adalah kafir dan musyrik.

Perubahan yang mereka lakukan ialah :

1. Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924. Ini beesesuaian dengan firman Allah kelak akan ada manusia yang mahu menutup kebenaran dan syiar Islam
2. Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi.Wahabi berpandangan semua itu syirik dan bertentangan dgn hadis nabi yang mahu kita menziarahi tempat-tempat Islam
3. Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa meghadap situ, kerana berpendapat semua doa hanya kepada Allah.
4. Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai maksiat dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
5. Melarang melagu-lagukan azan terutama menggunakan radio dan pembesar suara.
6. Melarang membaca qasidah
7. Melarang melagu-lagukan al Quran.
8. Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji.
9. Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.[1]

Pandangan Siradjudin Abbas

Siradjudin Abbas menulis susur galur fahaman Wahabi dalam buku '40 Masalah Ugama' . Beliau adalah kiyai, abuya , ulama besar di Indonesia. Konsep-konsep Moden Fahaman Wahabi yang dibawa oleh Muhammad 'Abdul wahab adalah seperti berikut :

1. Dalam mempelajari ilmu Usuluddin (Tauhid) harus menganut fahaman Ibnu Taimiyah.
2. Di dalam Fiqh diharuskan menampal-nampal Mazhab (Talfiq).
3. Mengambil sumber Al-Quran dan Hadis yang kuat sahaja tanpa Ijma Ulama dan Qias.
4. Melarang keras umat Islam berdoa dengan Tawassul (Perantaraan).
5. Melarang menziarahi kubur, walaupun maqam Nabi. Ulama Wahabi membenarkan orang yang mengerja pergi ke Masjid Nabi di Madinah dengan niat menziarahi Masjid, bukan menziarahi maqam.
6. Menghancurkan tugu-tugu peringatan / monumen kerana hal ini semuanya menjadikan orang musyrik. Bangunan besar yang dibangunkan di atas tempat Nabi di Suq al Leil telah lama diruntuhkan.
7. Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabi seperti Qasidah, Berzanji, Burdah, Kenduri-Kendara,Tahlil dan sebagainya.
8. Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingati Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan semua perayaan hari kebesaran Islam yang lain, kecuali Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.
9. Melarang belajar tentang "Sifat dua puluh", "Kifayatul Awam", "Sanusi", "Juaharatut Tauhid", "Husun Hamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu.
10. Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum Ahlul Sunnah Wal Jamaah hendaklah dibuang jauh-jauh.
11. Tidak boleh membaca kitab "Dalailul Khairat", "Burdah" dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-muji Nabi s.a.w
12. Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanya dengan lagu Fuqara, Masri dan lain-lain. Quran harus dibaca lurus saja.
13. Azan tidak boleh berlagu.
14. Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramai dilarang sama sekali.
15. Imam tidak membaca "Bismillah" dalam Solat.
16. Amal-amal Tariqat, umpamanya Tariqat Naqsyabandi, Tariqat Qadiri, Tariqat Sazali, Tariqat Saman dan lain-lain dilarang keras.
17. Wirid, berdoa secara beramai-ramai selepas solat berjemaah dilarang keras. Ini kerana mereka berpendapat ia adalah amalan peribadi. [2]

Berdasarkan tulisan Kiyai Sirajuddin Abbas ini, maka kita dapat lihat bahawa tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Wahhabi ada benar

Contohnya isu bacaan basmalah kuat atau perlahan, ia menjadi khilaf para ulama mazhab.Begitu juga larangan kepada penduri arwah yang dilarang puak wahabi

Maka kita seharusnya insaf dan tidak terikuit-ikut dengan fahaman wahabi yang extrewm ini. Buku-buku Muhammad bin Abdul wahab mudah untuk didapati di perpustakaan-perpustakaan. Maka berjaga-jagalah dgn fahaman ini kerna ia mengajar tauhid yang mengelirukan umat Islam

[sunting] Fahaman Wahabi di Malaysia

Majlis Fatwa Kebangsaan di Malaysia tidak pernah mengeluarkan fatwa bahawa Wahabi sebagai ajaran sesat atau fahaman sesat .Ia adalah khilafiah (pertikaian) di mana timbul persoalan mengenai takwil (tafsiran).

Jemaah haji Malaysia yang mengerjakan haji di kota Mekah tidak pernah mempertikaikan amalan tidak membaca qunut oleh imam di kaabah. Jemaah Islam juga akur dengan arahan tidak menziarahi makam-makam tertentu malahan makam nabi Muhammad di Madinah. Mereka akur dengan perbezaan tersebut kerana telah dimaklumkan semasa kursus haji yang diberikan oleh pegawai dari Tabung Haji.

Pada 8 Mei 2008 di persidangan Dewan Rakyat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan pendirian kerajaan Malaysia berhubung soalan dari peguam Zulkifli Noordin (PKR - Kulim Bandar Baru).

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenalpasti pendakwah antaranya Dr Abdullah Yasin dan Ustaz Hussein Yee sebagai penganut Wahabi yang jelas. Itulah sebab agaknya Hussein Yee tidak lagi muncul dalam program dan ceramah agama di televisyen. [Mufti Perlis]], Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak pula dilabel sebagai wahabi walaupun rumour menyatakan beliau seorang wahabi. Negeri Perlis yang tidak mengamalkan bacaan qunut juga dilabel sedemikian.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengadakan sekurang-kurangnya 6 kali muzakarah atau perbincangan dengan pelbagai pihak sejak 1985 hingga 1998. Perbincangan terbaru dengan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 30 Ogos 2007 iaitu seorang yang pengamal wahabi juga

Kebanyakan lulusan universiti dari Madinah mengiktiraf ajaran Wahabi ini. Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah menganggap Wahabi sebagai ajaran sesat. Muzakarah kali ke-40 pada 1996 menyebut bahawa mana-mana golongan yang mengisytiharkan diri mereka tidak bermazhab dan menganggap bahawa dialah orang yang lebih baik di samping mencerca dan menghina golongan yang bermazhab sedangkan mereka berada dalam kelompok yang sama, pendekatan dengan cara perbincangan adalah lebih baik. [3]

[sunting] Lihat juga

* Dr Azwira Abdul Aziz

[sunting] Rujukan

1. ? [Mohd Yusof Ahmad,'Perkembangan Mazhab-Mazhab Ilmul-Kalam Dalam Islam', Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia,1980, hlm 96.]
2. ? [Siradjudin Abbas ,'40 Masalah Ugama', Indonesia]
3. ? Fahaman Wahabi tidak pernah diputuskan sebagai ajaran sesat

Belajar perbezaan mazhab
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Wahabi"
Kategori: Islam | Mazhab
Pandangan